Ada soalan?

Rujuk kepada terma dan syarat produk kami

Pelanggan-pelanggan yang:

  • Berumur 18 tahun ke atas dan mempunyai pekerjaan tetap.
  • Pemegang MyKad (Warganegara Malaysia) atau pasport yang sah (Bukan warganegara Malaysia).
  • Mempunyai alamat yang sah di Malaysia. Alamat peti-surat tidak diterima.

 

Pinjaman kasar maksimum ialah sebanyak RM1200 yang tertakluk kepada penilaian berdasarkan kelayakan gaji pokok anda.

Tempoh maksimum pinjaman ialah selama satu (1) bulan atau pada tarikh pembayaran gaji yang berikutnya dan tidak boleh kurang dari empat belas  (14) hari dari tarikh pinjaman tersebut dikeluarkan.

Pinjaman adalah tertakluk kepada kadar faedah pinjaman tidak melebihi 1.5% sebulan (18% setahun).

Kos yang terlibat adalah caj perundangan & duti setem.

Sekiranya anda gagal membuat bayaran balik pada tarikh matang, MAA Credit Berhad berhak untuk mengenakan faedah sebanyak 0.67% sebulan (8% setahun) setiap hari dari tarikh matang bayaran balik sehinggalah jumlah hutang selesai dibayar.

  • MyKad (Warganegara Malaysia) / Pasport (Bukan warganegara Malaysia)
  • Slip gaji terkini
  • Penyata akaun bank gaji 3 bulan terkini

Penyata gaji dan penyata akaun bank gaji hendaklah tidak melebihi  1 bulan pada tarikh permohonan pertama dan tidak melebihi 6 bulan dari tarikh permohonan bagi pinjaman seterusnya.

Anda tidak boleh memohon sekiranya gaji bulanan dibayar tunai atau menggunakan cek. Gaji anda haruslah dibayar menerusi pindahan wang dari majikan ke bank akaun anda.

Bayaran balik pinjaman akan dilakukan secara automatik melalui perkhidmatan Direct Debit dari akaun bank gaji pada tarikh penggajian. Anda dikehendaki untuk mendaftar bagi perkhidmatan perbankan internet dengan pihak bank (di mana gaji dibayar) bagi tujuan pendaftaran dan penggunaan perkhidmatan Direct Debit. Senarai pautan di bawah memberitahu cara-cara untuk pendaftaran perbankan internet bagi bank-bank terkemuka di Malaysia.

BANK URL
Affin Bank Affin Bank
Agrobank Agrobank
Alliance Bank Alliance Bank
Am Bank Am Bank
Bank of America Merrill Lynch Bank of America Merrill Lynch
Bank of China Bank of China
Bank Rakyat Bank Rakyat
Bank Simpanan Nasional Bank Simpanan Nasional
CIMB CIMB
Citi Bank Citi Bank
Deutsche Bank (M) Deutsche Bank (M)
Hong Leong Bank Hong Leong Bank
HSBC HSBC
J.P. Morgan Chase J.P. Morgan Chase
Maybank Maybank
OCBC OCBC
Public Bank Public Bank
RHB RHB
Standard Chartered Standard Chartered
UOB UOB
No. Bank
1   Affin Bank
2   Agrobank
3   Alliance Bank
4   Am Bank
5   Bank of America Merrill Lynch
6   Bank of China
7   Bank Rakyat
8   Bank Simpanan Nasional
9   CIMB
10   Citi Bank
11   Deutsche Bank (M)
12   Hong Leong Bank
13   HSBC
14   J.P. Morgan Chase
15   Maybank
16   OCBC
17   Public Bank
18   RHB
19   Standard Chartered
20   UOB

Anda akan dimaklumkan berkenaan status kelayakan melalui e-mel dalam tempoh satu (1) hari bekerja dari tarikh permohonan pinjaman.

Pelanggan kali pertama harus menandatangani dokumen-dokumen ini di pejabat kami:

  1. Notis dan persetujuan untuk memproses CTOS (consent letter to CTOS)
  2. Surat tawaran Pinjaman (letter of offer)
  3. Perjanjian pinjaman wang (Moneylending Agreement)
  4. Borang Direct Debit, iaitu arahan untuk pembayaran pinjaman dari akaun bank gaji anda.

 Pelanggan tetap tidak perlu menandatangani sebarang dokumen lagi melainkan terdapat perubahan untuk akaun bank gaji.

Pinjaman akan dikeluarkan kepada anda setelah urusan Perjanjian Pinjaman Wang telah disetem dan pendaftaran Direct Debit dengan pihak bank telah berjaya. Bagi pengeluaran kali pertama, pengeluaran pinjaman akan dibuat dalam tempoh lima (5) hari bekerja melalui pindahan wang manakala pinjaman selanjutnya bolehlah dilakukan dalam talian sahaja tanpa perlu lagi menandatangani dokumen dengan pihak kami dan pinjaman akan dikeluarkan dalam tempoh satu (1) hari.

Pembayaran balik pinjaman akan dilakukan secara automatik melalui Direct Debit dari akaun bank gaji anda pada tarikh gaji yang berikutnya di mana ia tidak boleh kurang daripada empat belas  (14) hari dari tarikh pinjaman dikeluarkan kepada anda.

Sekiranya anda mempunyai rekod bayaran balik dan skor kredit yang baik, anda boleh memohon untuk lebih dari satu (1) pinjaman yang tertakluk kepada pertimbangan dari pihak MAA Credit Berhad.

Mohon pinjaman sekarang

Berminat untuk menjadi salah satu daripada pelanggan kami? Ketahui bagaimana anda boleh memulakan proses permohonan hari ini.

Mohon sekarang