Terma & Syarat

SYARAT-SYARAT & TERMA PENGGUNAAN LAMAN WEB 

 

Terma dan syarat yang berikut merupakan perjanjian antara anda dan MAA Credit Berhad (No. Syarikat 186820-M) ("MAAC" "kami") operator laman web yang menawarkan produk pembiayaan mikro ("Laman Web"). Terma penggunaan ini ("Terma Penggunaan"), bersama-sama dengan Notis Perlindungan Data Peribadi kami yang terdapat di Laman Web (yang dimasukkan di sini oleh rujukan, dan secara kolektif, "Perjanjian" ini) mengawal penggunaan Laman Web tersebut oleh anda.

 

Dengan menggunakan atau sebaliknya mengakses Laman Web, anda bersetuju dengan terma Perjanjian ini. Sekiranya anda tidak bersetuju dengan Perjanjian ini, anda mesti berhenti daripada mengakses atau menggunakan Laman Web. Sila ambil perhatian bahawa kami menawarkan Laman Web "SEBAGAIMANA" dan tanpa jaminan. Anda dikehendaki untuk mendaftar dan membenarkan penggunaan dan pendedahan maklumat anda untuk tujuan kami memberi anda akses ke Laman Web dan seperti yang sebaliknya dinyatakan di dalam Notis Perlindungan Data Peribadi kami.

 

1. LAMAN WEB

 

Laman web ini membolehkan anda mengakses kemudahan pembiayaan mikro yang ditawarkan oleh MAAC dan membuat permohonan pinjaman.

 

Akses ke Laman Web disediakan secara percuma pada masa ini. Kami secara tunggal mempunyai hak dan budi bicara untuk mengenakan bayaran untuk akses tersebut atau untuk apa-apa produk atau perkhidmatan yang mungkin disediakan atau mana-mana bahagian daripadanya pada bila-bila masa yang akan datang, sentiasa tertakluk kepada kami memberi anda notis terlebih dahulu. Kami mempunyai hak untuk menggantung dan / atau menamatkan akaun anda pada bila-bila masa, yang akan mengakibatkan anda tidak dapat menggunakan Laman Web.

 

Jika anda memilih untuk melanggan surat berita kami apabila anda membuka akaun di Laman Web kami, kami akan menghantar kepada anda surat berita dan/atau e-mel yang mengandungi maklumat pemasaran atau produk lain yang serupa yang kami rasa mungkin akan menarik minat anda. Sekiranya anda tidak lagi ingin menerima e-mel dari kami, anda boleh menghentikan langganan pada bila-bila masa sahaja dengan menggunakan fungsi hentian langganan dalam setiap pesanan e-mel atau anda boleh menghubungi kami.

 

2. KANDUNGAN

 

Anda mengakui bahawa Kandungan yang kami dedahkan adalah daripada pengetahuan kami yang terbaik atau berdasarkan maklumat yang diberikan kepada kami oleh pihak ketiga dan tidak merupakan pendapat atau nasihat, atau sebagai pengganti. Kandungan tersebut disediakan semata-mata untuk membantu anda mengenalpasti kemudahan pembiayaan mikro untuk keperluan pembiayaan anda. "Kandungan" bermaksud reka bentuk, teks, data, grafik, imej, antara muka pengguna, antara muka visual, maklumat, cadangan, panduan, dan bahan-bahan lain yang diberikan, disediakan atau sebaliknya dijumpai melalui Laman Web termasuk tanpa batasan Kandungan yang disediakan secara langsung kepada soalan atau penyiaran anda.

 

Anda bertanggungjawab sepenuhnya untuk: (i) menilai kualiti, kecukupan, kelengkapan dan kemanfaatan semua perkhidmatan, Kandungan, nasihat, pendapat dan maklumat lain yang diperolehi atau diakses melalui Laman Web; dan (ii) mendapatkan nasihat professional yang selanjutnya pada setiap masa dan mendapatkan pengesahan bebas mengenai bahan dan maklumat yang disediakan di sini sebelum membuat apa-apa pelaburan, perniagaan atau  keputusan komersial berdasarkan apa-apa bahan atau maklumat tersebut. Anda bersetuju bahawa anda menggunakan Kandungan atas risiko anda sendiri semata-mata.

 

Kami mungkin, tetapi tidak mempunyai kewajipan untuk memastikan Kandungan yang dipaparkan melalui Laman Web ditinjau oleh kakitangan editorial kami. Walau bagaimanapun, penting untuk diperhatikan bahawa ketepatan masa, ketepatan, dan kesempurnaan mana-mana atau semua Kandungan tidak dijamin. Kami tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kesilapan atau ketinggalan atau hasil yang diperoleh daripada penggunaan Kandungan tersebut.

 

3. PENDAFTARAN

 

Sebahagian daripada proses pendaftaran, anda dikehendaki memberi nama, alamat e-mel, nombor telefon dan membuat kata laluan anda. Ini adalah butiran pendaftaran anda untuk mengakses kemudahan pembiayaan mikro yang hanya dapat diperolehi oleh pengguna berdaftar ("Butiran Pendaftaran"). Butiran Pendaftaran mesti dirahsiakan pada setiap masa dan tidak boleh didedahkan kepada orang lain. Anda mesti memaklumkan kepada kami sekiranya kata laluan anda telah dicuri atau dikompromi dengan menghantar e-mel kepada support@maacredit.com.my.

 

Anda mestilah berusia 18 tahun ke atas untuk mendaftar dengan kami atau untuk menggunakan Laman Web. Jika anda tidak memenuhi syarat di bawah Terma Penggunaan ini, anda jangan menggunakan Laman Web tersebut. Dengan menggunakan Laman Web, anda memberi jaminan bahawa anda mempunyai hak, kuasa dan kemampuan untuk memasuki Terma Penggunaan ini dan mematuhi semua terma dan syarat yang dinyatakan di sini.

 

4. TANGGUNGJAWAB PENGGUNA

 

Dengan mendaftar untuk akses ke Laman Web, anda bersetuju untuk mematuhi terma dan syarat berikut: (1) anda hanya boleh menggunakan Laman Web untuk tujuan sah di sisi undang-undang, bukan komersial, tujuan peribadi dan bukan untuk apa-apa tujuan yang tidak sah atau dilarang oleh Terma Penggunaan ini; (2) anda bertanggungjawab untuk melindungi keselamatan mana-mana komputer, telefon bimbit dan/atau sebarang peralatan dan/atau perkakasan lain yang anda gunakan untuk mengakses Laman Web; (3) anda tidak akan menyiarkan atau menghantar apa-apa bahan atau maklumat yang menjelikkan, memfitnah, lucah, menyalahi undang-undang, biadab, berbahaya, mengancam, kesat, mengganggu atau yang behubung dengan kaum atau bangsa yang dianggap tidak menyenangkan; (4) anda tidak boleh cuba mendapatkan akses tanpa kebenaran ke Laman Web, akaun pengguna, sistem komputer atau rangkaian melalui penggodaman, perlombongan kata laluan atau apa-apa cara lain; (5) anda bersetuju untuk menyediakan maklumat yang tepat dan terkini mengenai diri anda seperti yang dinyatakan di bawah Terma Penggunaan ini; (6) anda bersetuju untuk tidak menyiarkan atau menghantar sebarang bahan iklan atau promosi yang tidak diminta; (7) anda tidak akan melanggar hak harta intelektual kami atau mana-mana pihak ketiga berhubung dengan penggunaan Laman Web; (8) anda tidak akan menyiarkan atau menghantar apa-apa bahan yang mengandungi virus atau kod komputer, fail atau program yang direka untuk mengehadkan atau memusnahkan fungsi perisian komputer atau perkakasan; dan (9) anda menerima bahawa apa-apa maklumat yang kami berikan adalah maklumat umum dan tidak bersifat seperti nasihat. Kami memperolehi maklumat kami dari sumber yang kami percayai sebagai tepat dan terkini seperti pada tarikh penerbitan dan kami berhak untuk mengemas kini maklumat ini pada bila-bila masa.

 

Apa-apa maklumat yang anda hantar kepada kami adalah dihantar atas risiko anda sendiri. Walau bagaimanapun, sebaik sahaja kami menerima penghantaran anda, kami akan mengambil langkah yang sewajarnya untuk memelihara keselamatan maklumat tersebut. Kami berhak untuk mengeluarkan nama pengguna anda atau pengecam yang serupa berhubung dengan akaun anda jika sesuai. Anda mengakui bahawa anda mempunyai tanggungjawab tunggal dan memikul semua risiko yang timbul daripada akses dan penggunaan Laman Web.

 

5. MAKLUMAT PERIBADI ANDA

 

Kami mengumpul dan memproses data peribadi anda mengikut Notis Perlindungan Data Peribadi di Laman Web dan dengan ini anda bersetuju kepada pemprosesan data peribadi anda mengikut notis tersebut.

 

6. PENYELENGGARAAN LAMAN WEB

 

Kemungkinan perlu untuk kami melaksanakan pembaikan atau penyelenggaraan berjadual atau tidak berjadual, atau membuat pembaikkan dari jarak jauh atau menaik taraf Laman Web, yang mungkin akan menjejaskan kualiti Laman Web untuk sementara waktu atau menyebabkan gangguan pada sebahagian atau keseluruhan Laman Web. Dalam hal ini, kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga atas sebarang penjejasan kualiti atau gangguan dalam Laman Web.

 

7. KANDUNGAN YANG DIPAPARKAN ATAU DIKEMUKAKAN OLEH ANDA

 

Anda mungkin mempunyai peluang pada masa depan untuk mengemukakan ulasan mengenai pengalaman anda dengan Pemberi Kewangan yang dipaparkan melalui Laman Web, untuk mengemukakan pertanyaan mengenai pembiayaan yang mungkin diperlukan, untuk menyertai dalam ciri interaktif dan komuniti Laman Web yang lain (secara kolektif "Maklumat Yang Dipaparkan"). Adalah penting untuk anda bertindak secara bertanggungjawab apabila menyediakan Maklumat Yang Dipaparkan dan anda perlu senantiasa mematuhi bahagian Tanggungjawab Pengguna di atas.

 

Kami mempunyai hak untuk menyiasat dan mengambil tindakan undang-undang yang sewajarnya terhadap sesiapa yang melanggar peruntukan ini atau bahagian Tanggungjawab Pengguna di atas, termasuk tanpa batasan, mengeluarkan sebarang komunikasi yang menyinggung dari Laman Web dan menamatkan akaun orang yang melanggar atau menghalang penggunaan Laman Web.

 

Dengan memaparkan Maklumat Yang Dipaparkan melalui Laman Web, anda bersetuju untuk memberi, dan anda memberi jaminan bahawa anda mempunyai hak untuk memberi kepada kami dan kontraktor kami lesen serata dunia yang tidak boleh dibatalkan, kekal, bebas royalti, boleh ditambah lesen sepenuhnya, dibayar sepenuhnya, untuk mengguna, membuat salinan, melaksanakan secara awam, melaksanakan secara digital, membuat paparan awam, mengedarkan Maklumat Yang Dipaparkan untuk adaptasi, suntingan, terjemahan, menyediakan karya terbitan, atau dimasukkan kedalam karya lain, Maklumat Yang Dipaparkan tersebut. Kami mempunyai hak untuk mengubah, menolak atau mengeluarkan Maklumat Yang Dipaparkan atas budi bicara kami.

 

8. HAK HARTA INTELEKTUAL

 

Hak cipta dalam Laman Web dan Kandungan (termasuk reka bentuk, teks, grafik, logo, ikon, antara muka pengguna, antara muka visual dan perisian) dimiliki atau dilesenkan oleh kami dan/atau MAA Group Berhad dan/atau kumpulan syarikatnya (bersama-sama sebagai "MAA Group") dan/atau pemberi lesen pihak ketiganya. Anda mengakui bahawa Laman Web dan sebarang teknologi atau perisian asas yang digunakan berkaitan dengan Laman Web mengandungi maklumat yang dimiliki oleh MAA Group dan/atau pemberi lesen pihak ketiganya. Kami memberi anda kebenaran untuk menggunakan Laman Web dan Kandungan hanya untuk tujuan peribadi, bukan komersial dan tidak memindahkan apa-apa hak harta intelektual kepada anda berdasarkan kebenaran mengguna Laman Web. Kecuali sebagaimana yang dibenarkan dengan nyata oleh Terma Penggunaan ini, anda tidak boleh dalam apa pun bentuk atau dengan apa pun cara: (1) menyesuaikan, menghasilkan semula, menyimpan, mengedar, mencetak, memaparkan, melaksanakan, menerbitkan atau membuat karya terbitan dari mana-mana bahagian Laman Web; (2) mengkomersialkan apa-apa maklumat, produk atau perkhidmatan yang diperolehi dari mana-mana bahagian Laman Web; (3) mengubahsuai, menambah lesen, menterjemah, menjual, melakukan kejuruteraan terbalik, menguraikan, menyusun semula atau sebaliknya merombak mana-mana bahagian Laman Web atau menggunakan mana-mana bahagian yang sama untuk menyediakan atau memasukkan apa-apa produk perkhidmatan yang disediakan kepada pihak ketiga; atau (4) memuat turun atau menyimpan Kandungan. Tertakluk kepada larangan yang terdahulu, kami memberi anda lesen yang tidak eksklusif, tidak boleh dipindah milik dan boleh dibatalkan untuk menggunakan Laman Web hanya untuk anda mendapatkan urusan pembiayaan mikro.

 

Sekiranya anda menggunakan mana-mana tanda dagangan MAA Group atau tanda dagangan pemberi lesen pihak ketiga kami, hak dalam nama domain internet dan alamat laman web dan hak-hak lain dalam nama dagangan ("Tanda") merujuk kepada aktiviti, produk atau perkhidmatan kami, anda mesti menyertakan kenyataan yang mengaitkan Tanda tersebut kepada kami. Anda tidak boleh menggunakan mana-mana Tanda: (1) dalam atau sebagai keseluruhan atau sebahagian daripada tanda dagangan anda; (2) berkaitan dengan aktiviti, produk atau perkhidmatan yang bukan milik kami; (3) dalam keadaan yang mungkin mengelirukan atau menipu; dan/atau (4) dengan cara yang menghina kami atau maklumat, produk atau perkhidmatan kami.

 

9. PAUTAN KE LAMAN LAIN

 

Laman Web tersebut mungkin mengandungi pautan ke laman web lain ("Laman Web Berkaitan"). Pautan tersebut disediakan untuk kemudahan sahaja dan mungkin tidak terkini atau diselenggarakan. Kami tidak bertanggungjawab untuk kandungan atau amalan privasi berkenaan dengan Laman Web Berkaitan. Laman Web Berkaitan tidak boleh dianggap sebagai pengesahan, kelulusan atau cadangan oleh kami terhadap pemilik atau pengendali Laman Web Berkaitan tersebut, atau mana-mana maklumat, grafik, bahan, produk atau perkhidmatan yang dirujuk atau terkandung di Laman Web Berkaitan tersebut, melainkan dan setakat mana yang dinyatakan sebaliknya.

 

10. AKTIVITI YANG DILARANG

 

Kami mungkin (tetapi tiada kewajipan untuk) menyiasat jika anda telah menyalahgunakan Laman Web, atau berkelakuan sedemikian, yang kami anggap sebagai tidak wajar atau menyalahi undang-undang. Berikut adalah senarai (yang tidak lengkap) aktiviti yang dilarang yang anda tidak patut terlibat di dalam Laman Web tersebut. Kami berhak meminda senarai ini pada bila-bila masa. Kegiatan yang dilarang termasuk, tanpa batasan: (1) menyamar sebagai orang atau entiti, menyatakan secara palsu atau sebaliknya menyalahgambarkan afiliasi anda dengan mana-mana orang atau entiti berkaitan dengan Laman Web; (2) menyatakan atau menyiratkan bahawa apa-apa kenyataan yang anda buat diendorskan oleh kami tanpa keizinan bertulis daripada kami terlebih dahulu; (3) menggunakan sebarang robot, peranti pengesananlabah-labah, atau peranti atau proses lain untuk mendapatkan semula, indeks, atau dengan cara apapun menghasilkan semula atau memintas struktur pelayaran atau pembentangan Laman Web; (4) membuat salinan yang menyerupai (“frame” or “mirror”) mana-mana bahagian Laman Web, tanpa kebenaran bertulis kami terlebih dahulu; (5) menggunakan mana-mana kod atau peranti lain yang mengandungi apa-apa rujukan kepada kami atau Laman Web tersebut untuk mengarahkan orang kepada mana-mana laman web dan/atau perkhidmatan lain; (6) menggunakan kandungan yang terkandung dalam Laman Web untuk apa-apa tujuan yang menyalahi undang-undang, penipuan atau berbahaya; (7) menggunakan Laman Web dalam apa jua cara yang boleh merosakkan, melumpuhkan, membebankan, menjejaskan operasi Laman Web, servers atau rangkaian kami, atau mengganggu kegunaan dan kenikmatan Laman Web oleh mana-mana pihak yang lain, atau melanggar sebarang keperluan, prosedur, polisi atau peraturan rangkaian sedemikian; (8) melanggar sebarang undang-undang; (9) menyebarkan maklumat secara umum mengenai prestasi Laman Web atau mengakses atau menggunakan Laman Web untuk tujuan analisis kompetitif atau tanda perbandingan.

 

11. PENAFIAN

 

Anda melepaskan kami daripada semua liabiliti samada anda telah memperolehi atau tidak memperolehi Kandungan melalui Laman Web. Kami tidak membuat sebarang representasi berkenaan mana-mana Kandungan yang terkandung dalam atau diakses melalui Laman Web, dan kami tidak akan bertanggungjawab ke atas ketepatan, pematuhan hak cipta, kesahihan atau kesopanan bahan yang terkandung dalam atau diakses melalui Laman Web. Kami tidak membuat sebarang representasi atau jaminan mengenai cadangan atau pengendorsan perkhidmatan atau produk yang ditawarkan atau dibeli melalui Laman Web.

 

Kecuali sebarang jaminan tersirat yang tidak dapat dikecualikan oleh undang-undang, kami dengan ini menafikan semua jaminan, berkaitan dengan Laman Web, termasuk tanpa batasan sebarang jaminan bahawa Laman Web itu boleh diperdagangkan, berkualiti, tepat, sesuai untuk tujuan tertentu atau keperluan. Kami tidak menjamin bahawa anda akan dapat mengakses atau menggunakan Laman Web (sama ada secara langsung atau melalui rangkaian pihak ketiga) pada waktu atau lokasi pilihan anda. Kami tidak bertanggungjawab ke atas ketepatan, kebolehpercayaan, ketepatan masa atau kesempurnaan maklumat yang diberikan oleh pengguna Laman Web atau apa-apa data atau maklumat lain yang disediakan atau diterima melalui Laman Web. Kecuali sebagaimana yang dinyatakan di sini, kami tidak memberi sebarang jaminan tentang Laman Web atau sebarang keselamatan lain yang berkaitan dengan penghantaran maklumat sensitif. Kami tidak menjamin bahawa Laman Web akan beroperasi tanpa kesilapan, bebas daripada gangguan atau bebas daripada kecacatan, bahawa kehilangan data tidak akan berlaku, atau Laman Web bebas daripada virus komputer, pencemaran atau bahan berbahaya yang lain.

 

Walau apa pun yang terkandung di sini, jika anda berurusan sebagai pengguna di bawah Akta Perlindungan Pengguna 1999 ("Akta") (pengguna hendaklah mempunyai maksud yang ditetapkan oleh Akta, "Pengguna"): (1) kami memberikan jaminan tersirat sedemikian di bawah Akta yang tidak boleh dikecualikan oleh Akta; (2) Terma Penggunaan ini hanya bertujuan untuk mengecualikan atau mengehadkan remedi dan hak yang anda mungkin ada di bawah Akta tersebut sehingga tahap maksimum yang dibenarkan oleh undang-undang; dan (3) tiada apa-apa dalam Terma Penggunaan adalah bertujuan untuk mengecualikan atau mengehadkan liabiliti kami terhadap anda untuk apa-apa kerugian atau kerosakan yang timbul daripada kecuaian dari pihak kami atau pelanggaran apa-apa terma nyata yang terkandung di sini atau yang tersirat oleh mana-mana undang-undang yang terpakai, termasuk Akta yang tidak boleh dikecualikan oleh undang-undang.

 

Kecuali yang disebutkan di atas, Terma Penggunaan ini akan terpakai bagi semua pengguna Laman Web.

 

12. HAD LIABILITI

 

Kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda (atau kepada mana-mana pihak ketiga yang menuntut di bawah atau melalui anda) untuk apa-apa kerugian atau kerosakan walau bagaimanapun timbul, termasuk tanpa batasan, apa-apa ganti rugi tidak langsung, khas, sampingan, berbangkit atau teladan yang timbul daripada penggunaan anda, atau ketidakupayaan untuk menggunakan Laman Web. Pengecualian ini terpakai untuk sebarang tuntutan untuk kerugian, kehilangan, kehilangan nama baik, kegagalan atau kerosakan komputer, apa-apa ganti rugi atau kerugian komersil lain sungguhpun kami tahu atau sepatutnya mengetahui kemungkinan kerosakan sedemikian.

 

13. MENJAMIN TANGGUNGAN

 

Anda bersetuju untuk menjamin ganti rugi kami terhadap apa-apa kerugian, kerosakan atau kos yang ditanggung oleh kami yang timbul daripada akses atau penggunaan Laman Web oleh anda, termasuk, tanpa batasan, Kandungan atau maklumat lain yang boleh diakses di atas atau melalui Laman Web, apa-apa kandungan yang dikemukakan oleh anda atau pelanggaran anda terhadap Terma Penggunaan ini, atau sebarang undang-undang, dan peraturan lain. Anda juga akan menjamin ganti rugi kami terhadap apa-apa tuntutan bahawa maklumat atau bahan yang anda kemukakan kepada kami adalah melanggar mana-mana undang-undang atau melanggar mana-mana hak pihak ketiga (termasuk, tetapi tidak terhad kepada tuntutan berkenaan dengan fitnah, kemungkiran kepercayaan, pelanggaran hak cipta atau pelanggaran mana-mana hak harta intelek lain).

 

14. PENAMATAN

 

Kami boleh menamatkan dan/atau menggantung pendaftaran anda dengan serta-merta, tanpa notis, jika terdapat pelanggaran Perjanjian ini atau polisi dan terma lain yang dipaparkan di Laman Web oleh anda atau oleh seseorang yang menggunakan Butiran Pendaftaran anda. Kami juga boleh membatalkan atau menggantung pendaftaran anda untuk sebarang sebab lain, termasuk ketidakaktifan untuk tempoh yang panjang. Kami tidak akan bertanggungjawab kepada anda atau mana-mana pihak ketiga atas sebarang penamatan akses anda ke Laman Web. Selanjutnya, anda bersetuju untuk tidak menggunakan Laman Web tersebut selepas apa-apa pemadaman, penyahaktifan atau penamatan sedemikian (dengan syarat, dalam hal penyahaktifan disebabkan oleh ketidakaktifan anda semata-mata, anda dibenarkan mendaftar semula). Walau apa pun yang terkandung dalam Perjanjian ini, mana-mana peruntukan Perjanjian ini yang berkebolehan untuk berkuatkuasa selepas penamatan pendaftaran anda akan tetap berkuatkuasa sepenuhnya selepas penamatan pendaftaran anda.

 

15. UMUM

 

15.1 Pindaan kepada Terma Penggunaan

Kami berhak untuk meminda Terma Penggunaan ini dan dokumen lain yang mengandungi Perjanjian tersebut pada bila-bila masa. Sekiranya terdapat sebarang perubahan, kami akan memaparkan terma yang dipinda di Laman Web atau kami juga boleh memaklumkan anda melalui mel elektronik atau konvensional. Akses berterusan anda dan/atau penggunaan Laman Web berikutan paparan dan/atau notis tersebut akan merupakan persetujuan anda untuk terikat oleh Terma Penggunaan ini atau dokumen Perjanjian lain yang terpakai, sepertimana yang dipinda. Jika pada bila-bila masa anda memilih untuk tidak menerima Terma Penggunaan ini, termasuk mengikuti apa-apa pengubahsuaian seperti ini, maka anda mesti berhenti menggunakan Laman Web.

 

15.2 Pengasingan

Sekiranya mana-mana Terma Penggunaan ini dianggap sebagai tidak sah, tidak boleh dikuatkuasakan atau tidak sah di sisi undang-undang untuk sebarang sebab, terma dan syarat yang selebihnya akan tetap berkuatkuasa sepenuhnya.

 

15.3 Undang-undang yang Mentadbir

Perjanjian ini akan ditadbir oleh undang-undang Malaysia dan mahkamah-mahkamah Malaysia akan mempunyai bidang kuasa eksklusif.

 

15.4 Bukan Pengecualian

Kegagalan kami untuk melaksanakan atau menguatkuasakan apa-apa hak atau peruntukan Perjanjian ini tidak akan mengecualikan hak atau peruntukan tersebut. Kegagalan mana-mana pihak untuk melaksanakan apa-apa hal dalam apa-apa hak yang diperuntukkan di sini tidak akan dianggap sebagai pengecualian apa-apa hak selanjutnya di bawah ini.

 

15.5 Perjanjian Keseluruhan

Perjanjian ini dan apa-apa terma tambahan, polisi, peraturan dan garis panduan yang dipaparkan melalui Laman Web termasuk Notis Perlindungan Data Peribadi, merupakan keseluruhan perjanjian antara anda dan kami dan menggantikan semua perjanjian bertulis atau lisan sebelumnya.

 

15.6 Tajuk

Tajuk-tajuk dalam Perjanjian ini adalah untuk kemudahan sahaja, ia tidak membentuk sebahagian di sini, dan sama sekali tidak mengehadkan, menentukan, menggambarkan, mengubah, menterjemah atau mentafsirkan maksud, skop atau niat Perjanjian ini atau mana-mana terma atau syarat di dalamnya.

 

15.7 Bukan Penyerahan

Anda tidak boleh menyerahkan, memindahkan atau mensub-lesenkan Perjanjian ini kepada orang lain dan apa-apa percubaan untuk berbuat demikian adalah pelanggaran seksyen ini dan dianggap batal dan tidak sah.

________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

POLISI PRIVASI

 

 NOTIS DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

 

Notis bertulis ini dikeluarkan oleh MAA Credit Berhad dan bagi pihak perbadanan berkaitannya, termasuk tanpa had kepada MAA Group Berhad (secara kolektif “kami”). Untuk tujuan notis bertulis ini (“Notis”), terma-terma “data peribadi” dan “pemprosesan” mempunyai maksud yang sama seperti yang ditakrif dalam Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“Akta”) tersebut.

 

1. PERSETUJUAN

 

Notis ini bertujuan untuk memaklumkan kepada anda bahawa data peribadi anda sedang diproses oleh atau bagi pihak kami apabila anda mengakses laman web kami di www.maacredit.com.my ("Laman Web") dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda bagi pemprosesan data peribadi anda.

 

2. PERIHAL DATA PERIBADI

 

Kami mungkin mengumpul pelbagai data peribadi anda termasuk tetapi tidak terhad kepada nama, nombor Kad Pengenalan Malaysia, nombor pasport, alamat e-mel, nombor telefon, pendapatan, maklumat akaun bank, rekod kredit terdahulu, data peribadi lain yang anda hantar kepada kami melalui Laman Web dan semua data peribadi lain kami sekali lagi kumpul daripada anda pada bila-bila masa kemudiannya.

 

3. MAKSUD

 

Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan dan diproses selanjutnya untuk:

Melaksanakan obligasi pra-kontrak dan kontrak dengan anda;

- Memberikan anda akses kepada Laman Web;

- Menilai permohonan anda untuk mana-mana produk dan perkhidmatan kami;

- Mengesahkan kedudukan kewangan anda menerusi semakan rujukan kredit;

- Mengesahkan dan melaksanakan transaksi kewangan berkenaan dengan bayaran online yang dibuat oleh anda;

- Memberikan produk dan/atau perkhidmatan kami kepada anda (atau syarikat anda, jika berkenaan;

- Berhubung dengan anda;

- Menjawab pertanyaan anda dan menyelesaikan pertikaian;

- Memudahkan penilaian kebolehpercayaan kredit anda sekiranya berlaku kemungkiran dalam pembayaran balik oleh anda;

- Menjalankan kegiatan dalaman;

- Tinjauan pasaran dan analisis kecenderungan;

- Meningkatkan perkhidmatan, kandungan dan pengiklanan di dalam Laman Web;

- Memberikan anda (atau syarikat anda, jika berkenaan) maklumat tentang produk dan/atau perkhidmatan kami, tawaran promosi dan perbadanan-perbadanan berkaitan kami dan rakan perniagaan kami;

Menjalankan kegiatan-kegiatan perniagaan sah lain;

- Memenuhi apa-apa kehendak undang-undang atau kawal selia); dan

- Maksud-maksud lain yang berhubungan secara langsung dengan yang tersebut di atas. 

 

(secara kolektif, “Maksud-maksud” tersebut)

 

 4SUMBER DATA PERIBADI

 

 Data peribadi anda sedang atau akan dikumpulkan:

Dari kukis;

- Dari Kad Pengenalan Malaysia atau pasport anda;

- Dari penyata gaji dan penyata bank anda;

- Apabila anda mendaftar bagi tujuan mengakses Laman Web kami;

- Apabila anda log masuk ke dalam atau menggunakan Laman Web;

- Apabila anda menghubungi pusat perkhidmatan pelanggan kami;

- Apabila anda menghantar data peribadi anda kepada kami untuk mana-mana Maksud;

- Dari data peribadi yang lain kami sekali lagi dapati daripada anda pada bila -bila masa kemudiannya; dan

- Dari semua maklumat lain yang anda mungkin berikan kepada kami dari masa ke semasa.

 

5. AKSES KEPADA PEMBETULAN TERHADAP DAN HAD PEMPROSESAN DATA PERIBADI

 

Anda berhak untuk meminta akses kepada dan meminta pembetulan terhadap data peribadi anda dan untuk menghubungi kami tentang apa-apa pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda (termasuk pilihan-pilihan dan cara-cara yang mungkin untuk mengehadkan pemprosesan data peribadi anda atau untuk memberhentikan atau tidak memulakan pemprosesan data peribadi anda bagi maksud pemasaran langsung) daripada:

 

Designation/ Perjawatan           : Loan Officer

Telephone No./ No. Telefon       : 03-62568000

Fax No./ No. Fax                                : 03-62510564

E-mail address/ Alamat E-mel   : support@maacredit.com.my

 

6. TERTAKLUK KEPADA PERUNTUKAN–PERUNTUKAN AKTA TERSEBUT

- Anda boleh, apabila dibayar fi yang ditetapkan, membuat suatu permintaan mengakses data secara bertulis kepada kami; dan

- Kami boleh enggan mematuhi permintaan mengakses data atau permintaan pembetulan data dan hendaklah, melalui notis bertulis, memaklumkan anda mengenai keengganan tersebut dan sebab-sebab bagi keengganan tersebut.

 

7. PENZAHIRAN DATA PERIBADI

 

Kami menzahirkan atau boleh menzahirkan data peribadi anda kepada kumpulan syarikat MAA Group Berhad, perbadanan berkaitan kami, rakan-rakan perniagaan kami, pembekal-pembekal perkhidmatan kami, agensi-agensi pelaporan kredit, penasihat kewangan atau profesional kami, bank, jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan, badan-badan kawal selia dan/atau berkanun dan dan mana-mana pihak ketiga yang diminta atau dibenarkan oleh anda untuk mana-mana Maksud-maksud tersebut.

 

8. DATA PERIBADI PIHAK KETIGA

    

Kami boleh menghendaki bantuan anda jika data peribadi yang berhubungan dengan orang lain dikehendaki untuk memproses data peribadi anda untuk Maksud-maksud tersebut dan anda dengan ini bersetuju untuk menggunakan usaha terbaik anda untuk membantu kami bila dikehendaki.Jika data peribadi pihak ketiga telah diberikan oleh anda kepada kami, anda hendaklah memastikan bahawa pihak ketiga tersebut telah membaca Notis ini dan bersetuju dengan pemprosesan data peribadinya untuk mana-mana Maksud sebelum memberikan data peribadinya kepada kami.

 

9. DATA PERIBADI WAJIB

 

Ia adalah wajib untuk anda memberikan kepada kami butir-butir bertanda asterisk (*) dalam borang pendaftaran online kami (secara kolektif, “data peribadi wajib”). Jika anda gagal untuk memberikan kami data peribadi wajib tersebut, kami boleh enggan untuk memproses data peribadi anda untuk mana-mana Maksud-maksud tersebut dan/atau menyebabkan kami tidak dapat memberikan anda produk dan/atau perkhidmatan yang diminta.

 

10. PEMINDAHAN DATA PERIBADI KE TEMPAT DI LUAR MALAYSIA

 

Kami boleh memindahkan data peribadi anda ke sesuatu tempat di luar Malaysia dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda terhadap pemindahan tersebut.

 

11. KETEPATAN DATA PERIBADI

    

Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa maklumatyang anda berikan kami adalah tepat, lengkap, tidak mengelirukan dan terkini.

 

12. KONFLIK

 

Sekiranya terdapat apa-apa yang tidak konsisten antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia dalam Notis ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi versi Bahasa Malaysia.