MAA Credit Berhad

MAA Credit Berhad menawarkan pinjaman jangka pendek untuk membantu orang ramai memenuhi keperluan dan mencapai matlamat mereka. Kemudahan kredit kami menawarkan dana tambahan kepada warganegara dan warga asing, dan mereka yang tidak memenuhi kelayakan disebabkan oleh sistem perbankan yang tradisional. Sekiranya anda mencari wang tambahan untuk menampung perbelanjaan peribadi seperti keperluan runcit, sewa rumah, bil perubatan, atau kos pendidikan, kami sedia membantu anda di waktu yang sukar.

MAA Credit Berhad dilesenkan sepenuhnya di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang Malaysia 1951. MAA Credit Sdn. Bhd. diperbadankan pada tahun 1989 dan semenjak itu, dengan pertumbuhan yang stabil serta asas perniagaan yang kukuh, ianya telah mendorong kami untuk berdaftar sebagai sebuah syarikat awam pada tahun 2011 yang dikenali sebagai MAA Credit Berhad. Kami menyediakan kemudahan kredit dan modal untuk individu dan syarikat dari semua lapisan masyarakat di semua sektor ekonomi semenjak bertahun lama.

MAA Group Berhad

MAA Credit Berhad adalah anak syarikat milik penuh MAA Group Berhad, sebuah syarikat tersenarai di Papan Utama Bursa Malaysia Securities Berhad yang ditubuhkan pada tahun 1968. MAA Group merupakan peneraju industri dalam perkhidmatan kewangan, dari perkhidmatan Peer-2-Peer (P2P) untuk pinjaman dan sewaan kepada perkhidmatan pemfaktoran hutang perniagaan dan pinjaman berjangka. Dahulunya, kami terkenal dalam perkhidmatan insurans dan kini merupakan syarikat pegangan pelaburan yang berpusat di Kuala Lumpur, Malaysia. MAA Group mempunyai Permodalan Pasaran yang beranggaran RM125.3 juta dan Jumlah Aset yang melebihi RM777.2 juta pada 30 Jun 2022.

Mohon pinjaman sekarang

Berminat untuk menjadi salah satu daripada pelanggan kami? Ketahui bagaimana anda boleh memulakan proses permohonan hari ini.

Mohon sekarang