NOTIS PRIVASI

AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010

Berkuatkuasa: 1hb Oktober 2019; Dikemaskini: 24hb Januari 2022

 

PENGENALAN

MAA Credit Berhad mengambil berat tentang perlindungan data peribadi anda. Notis ini menjelaskan cara MAA Credit Berhad dan bagi pihak perbadanan berkaitannya, termasuk tanpa had, MAA Group Berhad (secara kolektif "kami”) memproses data peribadi anda bermula daripada pengumpulan, penggunaan, perkongsian dan permusnahan serta langkah keselamatan yang kami ambil untuk memastikan data peribadi anda dilindungi sebaiknya.

 

PENGUMPULAN

Kami mengumpul data peribadi iaitu:

  • Butiran seperti nama, kad pengenalan atau nombor pasport, jantina, kewarganegaraan, tarikh lahir, umur, bangsa, status perkahwinan, alamat, e-mel atau nombor telefon.
  • Butiran pekerjaan anda seperti nama majikan, jawatan, skop pekerjaan atau pendapatan.
  • Butiran rujukan/penjamin anda atau data peribadi lain yang mungkin diperlukan sebagai tambahan apabila anda berurusan dengan kami.

 

SUMBER

Kami mendapatkan data peribadi anda daripada:

  • Borang permohonan yang boleh didapati di laman sesawang kami www.maacredit.com.my .
  • Tinjauan, peraduan dan promosi, media sosial seperti Facebook, Instagram dan cookies.
  • Agensi swasta yang menyediakan laporan kredit seperti CTOS.

 

TUJUAN PENGUMPULAN

Kami mengumpul data peribadi anda untuk:

  • Menawarkan perkhidmatan yang telah anda minta atau untuk memproses sebarang permohonan, pertanyaan atau komunikasi daripada kami kepada anda.
  • Penghantaran sebarang dokumen ke alamat dan lokasi keinginan anda.
  • Memaklumkan anda tentang sebarang perkhidmatan, tawaran atau promosi yang kami atau rakan kongsi perniagaan kami telah pilih dan percaya akan menarik minat anda (hanya dengan persetujuan anda).
  • Mengesahkan keadaan kewangan anda melalui rujukan/semakan kredit untuk pelaporan atau untuk sebarang audit, undang-undang, pematuhan dan tujuan penilaian risiko.

BAGAIMANA DIPROSES

Kami memproses data peribadi anda di dalam dan di luar Malaysia dan anda dengan ini memberikan persetujuan anda terhadap pemindahan tersebut.

 

PENZAHIRAN

Kami akan menzahirkan data peribadi anda kepada:

  • Kurier yang dilantik untuk menghantar dokumen anda.
  • Pihak berkuasa untuk tujuan perundangan/ kawal selia.
  • Kepada kumpulan syarikat MAA Group Berhad, perbadanan berkaitan kami, rakan-rakan perniagaan dan penyedia perkhidmatan kami.
  • Kepada agensi pelaporan kredit, bank, penasihat kewangan dan profesional kami.
  • Mana-mana pihak ketiga yang diminta atau dibenarkan oleh anda untuk sebarang tujuan.

 

LANGKAH KESELAMATAN

Kami mengambil langkah-langkah berikut untuk melindungi data peribadi anda:

  • Memastikan data peribadi anda disimpan dengan sebaiknya mengikut kehendak Akta 709.
  • Memastikan kakitangan kami tidak menyalahgunakan data peribadi anda.
  • Mempunyai kontrak perlindungan data peribadi dengan pihak pembekal sistem yang dilantik.
  • Namun begitu, anda mesti menjaga kata laluan anda dan tidak mendedahkannya kepada orang lain untuk mengelakkan data anda disalahgunakan.

 

TEMPOH PENYIMPANAN

Kami akan menyimpan data peribadi anda selama tujuh (7) tahun atau selagi anda menjadi pelanggan kami. Jika anda bukan lagi pelanggan kami, kami akan memadamkan data peribadi anda secara keseluruhan selepas tempoh penyimpanan yang dinyatakan.

 

HAK ANDA

Anda berhak untuk:

  • Membetulkan/mengemaskini data peribadi anda dengan memuat turun borang dari laman sesawang kami atau hubungi kami di 03-62568000.
  • Menghentikan mana-mana promosi perkhidmatan baru, tawaran atau apa-apa promosi kami kepada anda.
  • Mengakses data peribadi anda yang kami proses dan simpan.

 

HUBUNGI KAMI

Anda boleh menghubungi kami atau mengemukakan pertanyaan anda berkenaan dengan pemprosesan data peribadi anda melalui:

 

Cherie Poong Siew Cheng

Penolong Naib Presiden - Perkhidmatan Kewangan, Pematuhan & Audit, MAA Group Berhad, Tingkat 13, No 566, Jalan Ipoh, 51200 Kuala Lumpur

Tel: +603-62568095 (Direct); Fax: +603-62510564; Alamat e-mel: cherie@maa.my 

Mohon pinjaman sekarang

Berminat untuk menjadi salah satu daripada pelanggan kami? Ketahui bagaimana anda boleh memulakan proses permohonan hari ini.

Mohon sekarang