MAA Credit Berhad

MAA Credit Berhad menawarkan pinjaman jangka pendek untuk membantu orang ramai memenuhi keperluan dan mencapai matlamat mereka. Kemudahan kredit kami menawarkan dana tambahan kepada warganegara dan warga asing, dan mereka yang tidak memenuhi kelayakan disebabkan oleh sistem perbankan yang tradisional. Sekiranya anda mencari wang tambahan untuk menampung perbelanjaan peribadi seperti keperluan runcit, sewa rumah, bil perubatan, atau kos pendidikan, kami sedia membantu anda di waktu yang sukar.

MAA Credit Berhad dilesenkan sepenuhnya di bawah Akta Pemberi Pinjam Wang Malaysia 1951. MAA Credit Sdn. Bhd. diperbadankan pada tahun 1989 dan semenjak itu, dengan pertumbuhan yang stabil serta asas perniagaan yang kukuh, ianya telah mendorong kami untuk berdaftar sebagai sebuah syarikat awam pada tahun 2011 yang dikenali sebagai MAA Credit Berhad. Kami menyediakan kemudahan kredit dan modal untuk individu dan syarikat dari semua lapisan masyarakat di semua sektor ekonomi semenjak bertahun lama.

MAA Group Berhad

MAA Credit Berhad adalah anak syarikat milik penuh MAA Group Berhad (“MAAG”). MAAG ialah sebuah syarikat pemegang pelaburan yang tersenarai di Pasaran Utama Bursa Malaysia. Sejak pertubuhan pada tahun 1968, MAAG telah berkembang daripada perniagaan berasaskan insurans kepada sebuah kumpulan pelaburan yang pelbagai.

Kini, MAAG kekal memberi tumpuan kepada pelaburan strategik merangkumi pelbagai sektor termasuk pendidikan,pemfaktoran hutang PKS dan kemudahan kredit,pengurusan hotel dan hartanah,makanan dan minuman (F&B),logistik serta perkhidmatan nasihat. Selaras dengan strategi pertumbuhannya,MAAG sedang giat meneroka peluang perniagaan teras baharu bagi mempelbagaikan dan mengukuhkan lagi aliran pendapatannya.

Mohon pinjaman sekarang

Berminat untuk menjadi salah satu daripada pelanggan kami? Ketahui bagaimana anda boleh memulakan proses permohonan hari ini.

Mohon sekarang